SMK Rawang terletak di KM 25.6, Jalan Ipoh, Rawang Selangor Darul Ehsan di kawasan perkampungan melayu. Nama asal SMK Rawang ialah Sek. Men. Rendah Rawang Batu 16. Sekolah ini juga dikenali sebagai Sek. Men. Kampung Melayu Batu 16.
Pada tahun 1979, sekolah ini hanya mempunyai 165 orang pelajar yang ditempatkan di Tingkatan Satu, Dua dan Peralihan. Pada ketika itu, sekolah ini belum mempunyai bangunan sendiri, hanya menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Sinaran Budi dan Sek. Ren. Keb. Rawang yang diadakan di sebelah petang.
Pengetua-pengetua yang bertugas di sekolah ini ialah :
BIL. | NAMA | TAHUN BERKHIDMAT |
1 | En. Gurdeep Singh | 1979 hingga 1982 |
2 | En. Ismail Bin Sulaiman | 1982 hingga 1985 |
3 | En. Kea Ton Kim | 1985 hingga 1987 |
4 | Pn. Zaleha Binti Mohamad | 1987 hingga 1992 |
5 | En. Nor Aman Bin Ismail | 1992 hingga 1994 |
6 | Tn. Hj. Abu Bakar Bin Mohamad | 1994 hingga 1998 |
7 | Pn. Jamaliah Binti Rahmat | 1998 hingga 1999 |
8 | Pn. Aminah Binti Abd. Rani | 1999 hingga Nov 2001 |
9 | En. Chin Kok Goon | Dec 2001 hingga Dec 2002 |
10 | Tn. Hj. Mohd Fadri Bin Nadzir | Jan 2003 hingga April 2004 |
11 | Pn. Nik Hasmah Binti Nik Mohamed | April 2004 hingga 23 Mac 2008 |
12 | Pn. Siti Norma Binti Mohd Yusof | April 2008 hingga 15 Nov 2008 |
13 | Pn. Hjh. Mazlah Binti Hussein | 15 Disember hingga kini |
Pada tahun 1980, sekolah ini telah mendapat bangunannya sendiri. Kawasan baru ini bersempadan dengan Hutan Simpan Banjaran Bukit Kancing. Luas kawasan ini ialah 15 hektar. Pada tahun tersebut terdapat 2 blok bangunan dua tingkat yang menempatkan 12 bilik darjah, 3 bilik makmal sains, 2 bilik guru dan 2 bilik setor. Terdapat juga bangunan untuk Seni Perusahaan dan Pertukangan Besi serta 2 unit rumah guru. Selain itu terdapat juga padang permainan, tapak perhimpunan dan kawasan tanaman bunga.
Tahun 1998 sekolah ini menerima satu blok bangunan dua tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah, 2 bilik tandas dan 2 bilik setor. Pada tahun itu juga sekolah ini mendapat 2 gelanggang baru iaitu gelanggang badminton dan gelanggang bola keranjang.
Pada tahun 1989 bilangan pelajar telah bertambah kepada 630 orang. Majoriti pelajar adalah Cina yang datang daripada SRJK(C) San Yuk. Kelas Tingkatan 2, 3, 4, dan 5 adalah sesi pagi sementara kelas Peralihan dan Tingkatan 1 di sesi petang. Pada tahun 1999, SMK Rawang mempunyai pelajar yang berjumlah 1865 orang dan jumlah yang besar itu tidak dapat menampung dengan kelas-kelas yang ada.
http://www.smkrawang.com/v4/index.php